PENILAIAN KESETARAAN PERINGKAT TINGGI
SIAPA BOLEH MEMOHON?
Permohonan kesetaraan kelayakan nilai taraf tinggi (NT02) boleh dimohon oleh:
- Permohonan oleh Badan Pensijilan Luar Negara yang mana badan pensijilan tersebut diluluskan oleh pihak berautoriti di negara asal; atau
- Permohonan oleh Badan Pensijilan Dalam Negara yang mempunyai punca kuasa untuk menganugerahkan kelayakan berdasarkan akta penubuhan masing-masing; atau
- Permohonan melalui Pemberi Pendidikan Tinggi dimana permohonan dikendalikan secara Kerjasama dengan badan pensijilan dalam atau luar negara melalui proses Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh MQA.
CARA PERMOHONAN
Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:
- Melengkapkan Borang NT02
- Dokumen COPPA MQA.01
- Sampel bahan penilaian
- Contoh skrol atau sijil yang dianugerahkan
- Pengesahan kesetaraan kelayakan mengikut kerangka kelayakan di negara asal (sekiranya ada)
- Caj permohonan berjumlah RM1050 secara dalam talian (JomPAY).
Nota: Permohonan NT02 adalah mengikut tarikh permohonan yang telah ditetapkan dalam takwim dan menghantar permohonan melalui e-mel: esisraf@mqa.gov.my.
*MQA tidak akan memulangkan fi permohonan bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak boleh diproses atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
KEPUTUSAN NILAI TARAF KELAYAKAN
Semua permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Nilai Taraf Kelayakan untuk diluluskan nilai taraf kelayakan tersebut. Keputusan mesyuarat adalah muktamad.
Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja.