PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN LUAR NEGARA BERDASARKAN DI LUAR NEGARA
Permohonan pengesahan kelayakan luar negara boleh dibuat berdasarkan kategori berikut:
- Tajaan Kerajaan Permohonan dibuat oleh agensi kerajaan yang ingin membuat atau sedang membuat tajaan kepada mana-mana pelajar mengikuti pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara bagi program yang belum disenaraikan di dalam Sistem Pengiktirafan Kelayakan (eSisraf);
- Pembiayaan Persendirian Permohonan adalah individu (warganegara Malaysia) yang telah tamat pengajian sama ada mendapat tajaan atau pembiayaan sendiri.
Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna melalui Daftar (Sign Up) di Portal MyRQ. Setelah akaun dicipta, pemohon boleh log masuk (Log in) untuk membuat permohonan melalui pilihan menu borang yang tertera pada sistem berkenaan.
Bagi tujuan permohonan PKLN01, daftar pengguna adalah sebagai PPT/Kerajaan.
Bagi permohonan PKLN02, daftar pengguna adalah sebagai individu dan wajib memastikan maklumat yang didaftarkan adalah tepat dan jelas.
Semua permohonan adalah tertakluk kepada bayaran pemprosesan sebanyak RM100 dan wang pos RM15. Bayaran fi hendaklah dibuat melalui Financial Process Exchange (FPX).
Jika permohonan tidak boleh diproses atau tidak lengkap, bayaran tersebut tidak akan dikembalikan.
Permohonan hendaklah dibuat mengikut tarikh permohonan (takwim) yang disediakan oleh pihak MQA. Rujuk disini.
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses sepertimana yang dijadualkan dalam takwim.
MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)
MERCU MQA
No. 3539,
Jalan Teknokrat 7, Cyber 5
Selangor Darul Ehsan