KESETARAAN KELAYAKAN PELAJAR ANTARABANGSA (PERINGKAT MENENGAH)


PERMOHONAN KESETARAAN KELAYAKAN PERINGKAT MENENGAH

MQA memproses permohonan kesetaraan bagi kelayakan yang tidak tersenarai dan kelayakan yang tersenarai dalam kelayakan masuk pelajar antarabangsa seperti di paparan.

Permohonan boleh dimohon kepada MQA sama ada PPT atau individu termasuk bukan warganegara bagi semakan kesetaraan kelayakan peringkat menengah.

CARA PERMOHONAN

Permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

  • Melengkapkan Borang NT01
  • Salinan sijil bergraduat rasmi (dalam bahasa asal); dan/atau
  • Transkrip akademik akhir (dalam bahasa asal); dan
  • Terjemahan rasmi sijil dan/atau transkrip akhir dalam bahasa inggeris yang telah disahkan oleh autoriti yang berkelayakan (Notary Public atau kedutaan negara berkenaan atau kementerian yang bertanggungjawab bagi pendidikan di negara berkenaan) (sekiranya dokumen (i) dan (ii) bukan dalam Bahasa Melayu / Inggeris).
  • Permohonan yang telah diisi dan lengkap boleh dihantar melalui e-mel berikut: esisraf@mqa.gov.my



CAJ PERKHIDMATAN

Semua permohonan adalah tertakluk kepada caj perkhidmatan seperti berikut:

Bil.

Senarai Kelayakan Antarabangsa

Caj

Individu

Lain-lain

1.

Tersenarai

RM200

RM500

2.

Tidak Senarai

RM500

RM1000

Permohonan ini akan dikenakan caj wang pos sebanyak RM15.00 (dalam negara) atau RM250.00 (luar negara) dan pembayaran dibuat melalui dalam talian (JoMPAY). Biller code akan diberikan setelah permohonan diterima.

MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

MERCU MQA

No. 3539,

Jalan Teknokrat 7, Cyber 5

Selangor Darul Ehsan