PENILAIAN KESETARAAN PERINGKAT TINGGI
Proses penyetaraan kelayakan yang dibuat oleh MQA adalah membandingkan kelayakan dan tahap kerangka kelayakan di negara asal dengan tahap Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)
Penilaian kesetaraan kelayakan luar negara adalah berpandukan kepada prinsip berikut:
MQA menilai kesetaraan kelayakan pada peringkat tinggi Tahap 3 - Tahap 8 MQF bagi menentukan peringkat pengajian yang boleh dimohon oleh pemegang kelayakan.
MQA tidak membuat penilaian bagi:
- kesetaraan gred mata pelajaran; MQA tidak membuat perbandingan mata pelajaran bagi memenuhi syarat kelayakan masuk program tertentu.
- kesetaraan gred/skor/markah; PPT bertanggungjawab untuk mengkaji dan meneliti sistem gred/skor/markah sesuatu kelayakan bagi menyetarakan gred kelayakan tersebut dengan gred kelayakan di Malaysia.