PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN LUAR NEGARA BERDASARKAN DI LUAR NEGARA
PROSES PENILAIAN
PERINGKAT 1
PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN LUAR NEGARA
Pengesahan kelayakan luar negara dinilai berdasarkan pengiktirafan sistem pendidikan di negara asal serta pematuhan peraturan semasa kelayakan tersebut dianugerahkan.
Sekiranya sesebuah negara mempunyai Kerangka Kelayakan, ianya akan memudahkan penilaian yang akan dibuat oleh MQA untuk menyetarakan kelayakan tersebut dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).
Nilai taraf kelayakan akan diberikan mengikut tahap yang bersesuaian dengan MQF.
PERINGKAT 2
PERNYATAAN NILAI TARAF PERKHIDMATAN AWAM
Pernyataan Nilai Taraf Perkhidmatan Awam dinyatakan dalam pengesahan pengiktirafan adalah bagi tujuan yang melibatkan pelantikan ke Perkhidmatan Awam.
Proses ini dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
- Pengesahan berdasarkan kelayakan yang tersenarai di dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) atau eSisraf; atau
- Pengesahan kelayakan dan institusi yang dibuat menggunakan perkhidmatan pengesahan dari pihak ketiga; atau
- Pengesahan daripada kedutaan atau pihak berkuasa yang berkenaan.
MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)
MERCU MQA
No. 3539,
Jalan Teknokrat 7, Cyber 5
Selangor Darul Ehsan