PENILAIAN KESETARAAN PERINGKAT TINGGI

SIAPA BOLEH MEMOHON?


Mana-mana individu sama ada warganegara atau bukan warganegara yang berhasrat membuat kesetaraan kelayakan badan pensijilan dari luar negara bagi menentukan tahap kelayakan yang diperolehi untuk dibandingkan dengan tahap Kerangka Kelayakan Malaysia.


CARA PERMOHONAN

Pemohon telah menamatkan pengajian dengan kelayakan luar negara dan ingin menyambung pengajian di Malaysia atau apa-apa tujuan yang berkaitan.

Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:

  • Melengkapkan Borang NT03
  • Salinan Kad Pengenalan/Passport pemohon
  • Skrol dan transkrip kelayakan
  • Silibus kelayakan (sekiranya perlu)
  • Sijil kelayakan peringkat menengah
  • Pengesahan kesetaraan kelayakan mengikut kerangka kelayakan di negara asal (sekiranya ada)
  • *Caj permohonan berjumlah RM1050 secara dalam talian (JomPAY).

Nota: Permohonan NT03 adalah mengikut tarikh permohonan yang telah ditetapkan dalam takwim dan menghantar permohonan melalui e-mel: esisraf@mqa.gov.my.

*MQA tidak akan memulangkan fi permohonan bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak boleh diproses atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

KEPUTUSAN NILAI TARAF KELAYAKAN

Semua permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Nilai Taraf Kelayakan untuk diberikan keputusan. Sebarang keputusan mesyuarat adalah muktamad.

Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja.

MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

MERCU MQA

No. 3539,

Jalan Teknokrat 7, Cyber 5

Selangor Darul Ehsan