KESETARAAN KELAYAKAN PELAJAR ANTARABANGSA (PERINGKAT MENENGAH)
PRINSIP KESETARAAN KELAYAKAN
Kesetaraan kelayakan persekolahan luar negara adalah berpandukan kepada prinsip berikut:
- Kelayakan 12 tahun persekolahan luar negara adalah setara untuk kemasukan dan boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke Tahap 6 MQF (Ijazah Sarjana Muda) dengan syarat berikut :
- ia merupakan kelayakan persekolahan tertinggi di negara asal; dan
- ia diterima sebagai kelayakan masuk ke program ijazah sarjana muda di negara asalnya.
- Kelayakan di bawah 12 tahun (tidak kurang 10 tahun persekolahan) yang merupakan exit qualification di negara asal adalah setara untuk kemasukan dan boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke Kursus Asas (Foundation), Tahap 3 MQF (Sijil) atau Tahap 4 MQF (Diploma); dan
- Penggunaan sesuatu kelayakan juga perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).
SKOP PENILAIAN
Penilaian kesetaraan kelayakan peringkat menengah (secondary level) hanya bagi menentukan peringkat pengajian yang boleh dimohon oleh pemegang kelayakan.
MQA tidak membuat penilaian bagi:
- Kesetaraan gred mata pelajaran; Tidak membuat perbandingan subjek bagi memenuhi syarat kelayakan masuk program tertentu.
- Kesetaraan gred / skor / markah; PPT bertanggungjawab untuk mengkaji dan meneliti sistem gred / skor / markah sesuatu kelayakan bagi menyetarakan gred kelayakan tersebut dengan gred kelayakan di Malaysia.
- MQA tidak menilai taraf kelayakan peringkat menengah luar negara yang dijalankan di Malaysia yang tiada bukti institusi tersebut berdaftar dengan badan berautoriti di Malaysia. klik di sini Surat Makluman MQA Bil. 12/2022 .