APA ITU PENGIKTIRAFAN DAN NILAI TARAF

MQA telah melaksanakan proses pengiktirafan dan nilai taraf kelayakan berdasarkan kepada permohonan individu dan juga institusi bagi tujuan menyambung pengajian, memohon pekerjaan dan lain-lain aktiviti berkaitan dengan kerjaya.

Selaras dengan Bahagian IX Penilaian kelayakan lain, Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679), Seksyen 78 menjelaskan berkenaan permohonan bagi penilaian setara dan Seksyen 79 berkaitan proses penilaian setara.

Bagi tujuan di atas, Penilaian dan pengiktirafan yang dibuat oleh MQA tidak berdasarkan kepada institusi tetapi kepada program dan kelayakan yang dianugerahkan.

Jenis-jenis penilaian yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

a) Penilaian Kesetaraan kelayakan luar negara berdasarkan pengiktirafan di negara asal;
b) Pengesahan pengiktirafan kelayakan luar negara dibuat berdasarkan kepada sistem pendidikan di mana kelayakan tersebut dianugerahkan;
c) Penilaian Kesetaraan Kelayakan Masuk Pelajar Antarabangsa selaras dengan kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Selain daripada pengesahan dan nilai taraf kelayakan yang dibuat, Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) boleh mendapatkan senarai program yang telah mendapat Pengiktirafan kelayakan dari PPT dalam dan luar negara melibatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja melalui Portal Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf).

Manakala melalui Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR), PPT boleh membuat semakan bagi program yang diakredit oleh MQA dan di nilai taraf mengikut tahap dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

MERCU MQA

No. 3539,

Jalan Teknokrat 7, Cyber 5

Selangor Darul Ehsan