PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN LUAR NEGARA BERDASARKAN DI LUAR NEGARA

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) menyediakan perkhidmatan pengesahan pengiktirafan kelayakan luar negara berdasarkan pengiktirafan di negara asal.

MQA akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan berhubung pengiktirafan kelayakan dan perbandingannya dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) bagi kelayakan yang memenuhi kriteria pengesahan MQA.

Penerimaan pengesahan pengiktirafan ini bagi tujuan:

  1. Permohonan pekerjaan dalam negara; atau
  2. Pelantikan dalam Perkhidmatan Awam; atau
  3. Menyambung pelajaran di insititusi dalam negara; atau
  4. Pendaftaran dengan badan profesional atau apa-apa tujuan yang berkaitan di Malaysia.

Penerimaan pengesahan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik, Badan Profesional, Pihak Berkepentingan atau Pemberi Pendidikan Tinggi.

PRINSIP PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN LUAR NEGARA

Permohonan untuk pengesahan kelayakan luar negara perlu memenuhi kriteria berikut:

Kelayakan yang dianugerahkan oleh institusi pengajian yang diiktiraf atau diakredit oleh badan berautoriti di negara asal pada masa kelayakan tersebut dikeluarkan; dan
Pemohon telah menamatkan pengajian, bergraduat dan lulus dengan jayanya di dalam bidang pengajian yang diikuti.

MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

MERCU MQA

No. 3539,

Jalan Teknokrat 7, Cyber 5

Selangor Darul Ehsan