PENGESAHAN KELAYAKAN YANG TERSENARAI
PENGENALAN
Semakan kelayakan yang disenaraikan di dalam Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) dan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) boleh dicetak oleh pihak awam.
Sekiranya masih memerlukan surat sokongan pengesahan daripada MQA, pemohon boleh membuat permohonan kepada MQA beserta caj RM100 bagi setiap kelayakan yang dimohon.

Permohonan Surat Pengesahan Pengiktirafan Kelayakan (Luar Negara) (PPK01)
Merupakan permohonan bagi kelayakan luar negara yang tersenarai dalam laman sesawang eSisraf termasuk senarai di UCAS, CRICOS, NZQA dan kelayakan badan profesional.
Permohonan Surat Pengesahan Pengiktirafan Kelayakan (Dalam Negara) (PPK02)
Merupakan permohonan bagi kelayakan dalam negara yang tersenarai dalam laman sesawang eSisraf dan MQR.