PENILAIAN KESETARAAN KELAYAKAN PERINGKAT TINGGI

PENGENALAN

Penilaian kesetaraan kelayakan adalah proses untuk menilai kelayakan peringkat tinggi (Sijil - PhD) dan memastikan kelayakan tersebut adalah setara dan selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

TUJUAN PENILAIAN

Tujuan penilaian kesetaraan ini adalah bagi membantu Pemberi Pendidikan Tinggi untuk mengenal pasti kesetaraan tahap kelayakan yang ditawarkan oleh badan pensijilan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia sebelum sesuatu program tersebut ditawarkan di Malaysia.

Selain itu, penilaian kesetaraan ini juga boleh menilai mana-mana individu yang telah menamatkan pengajian dengan kelayakan dari mana-mana badan pensijilan luar negara dan ingin menyambung pengajian di Malaysia atau apa-apa tujuan yang berkaitan.

MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

MERCU MQA

No. 3539,

Jalan Teknokrat 7, Cyber 5

Selangor Darul Ehsan